Free Read [Thriller Book] ✓ Nah, Untuk Awak! - by Nirrosette ✓


  • Title: Nah, Untuk Awak!
  • Author: Nirrosette
  • ISBN: 9789675118869
  • Page: 333
  • Format: None

  • Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biruKata Najiha, hidup ini mudah Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati Kekasih hati yang sempurna di matanya Kawan kawan yang setia di sisi Hidup Najiha sudah lengkap.Namun, langit tak selalu cerah Cinta hatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya Najiha terkedu seketika Hidup ini bukan semudah yang dijanKau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biruKata Najiha, hidup ini mudah Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati Kekasih hati yang sempurna di matanya Kawan kawan yang setia di sisi Hidup Najiha sudah lengkap.Namun, langit tak selalu cerah Cinta hatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya Najiha terkedu seketika Hidup ini bukan semudah yang dijangka Lalu, dia mencari tenang di bumi Korea Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput Awak intip saya ke apa ni Nak intip awak buat apa Tak ada maknanya Habis tu mana mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja Tempat ni bukan awak yang punya Baru saja luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang tersayang Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah Nya Jalan bahagia ada di depan matanya Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke kanan.Andai takdir jodohku bukan denganmu, aku percaya Dia telah memilih yang lebih baik untukmu Selepas Ikhlas, A K kini NIRROSETTE membawa kita menelusuri hidup Najiha yang percaya pada pengakhiran yang bahagia Nah, untuk Awak Sebuah kisah bahagia bersulam luka ini ditulis dengan pena yang cantik dan bahasa yang santai.
    Nirrosette
    Nama gelaran NirrosetteNama pendek NirNama panjang Sharifah Nur Nirmala Nirrosette Cintafinespun bukan nama sebenar Dilahirkan pada August 2011 mengikut kalendar Jemari Seni Sangat gilakan bunga ros tak kira warna , suka makan gumok itu chomel , suka ketawa ketawa itu penawar duka , suka chillax chill one corner and relax dan berangan angan that s my part time job D I used to scribble my work on foolscap papers and then I found this thing called e novel Y.Sesungguhnya Nir budak baru belajar, jadi salah silap tolong tunjukkan Mohon maaf sekiranya cerita cerita Nir tak menepati cita rasa anda I m a newbie I write for the sake of passion Comments and critics are most welcomed Sesungguhnya segala yang baik datang daripada Nya, dan Nir akur salah dan silap datang daripada kealpaan diri sendiri Kalau suka, hamdan lillah.Kalau tak, afwan jiddan I m not a princess But I believe in fairy tale happy endings Do you And I truly madly deeply believe that everything happens for a reason Look at the sunny side up of life and you ll be happier insya Allah.


    Commentaires:

    S
    Nah, Untuk Awak! apa ya yang boleh saya katakan terbaik!! cara penyampaiannya nampak lbh matang dari Ikhlas AK! lbh staright to the point naskah ini bagus utk semua kerana penyampaiannya lbh byk membuat kita berfiikir ttg kesetiaan, kasih sayang dan urusan kehidupan kita yang tidak lari dari Allah walau apapun yang terjadi, berbaliklah pada yang Satu terpaut dgn ketabahan Najiha saat kehilangan babahnya tersentuh dgn penyusunan ayatnya yang mengusik jiwa (teringat saat saya 'berpisah' dgn abah)S [...]

    Gobokairina
    There's no need to be in someone else's shoe. Just appreciate what you have and be thankful. That's more than enough [page 469]Dalam novel kedua, Nirrosette masih mengekalkan sisi manisnya. Kisah anak remaja sememangnya sentiasa manis di mataku. NUA adalah kisah si Najiha yang mencari bahagianya. Dia sentiasa percaya akan hidup ini mudah dan bahagia-bahagia saja. Mana tahu pelangi yang disusurinya hari-hari hilang di balik awan. Si cinta hati, Ilham yang dianggap kekasih sejati rupanya beralih a [...]

    Ririn
    3.5 bintangKarya Nirrosette yang kedua dibaca selepas Tunggu Aira di Kota Bandung. Perwatakan yang hampir sama, tetapi diolah dengan gaya yang amat berlainan menjadikan ia tampak sungguh berbeza. Banyak pengajaran yang dapat diambil dari kisah perjalanan hidup Najihah. Kehilangan orang tersayang tanpa disangka-sangka, di saat dia masih lagi memerlukan sokongan dan tempat bergantung, amat perit untuk dibayangkan. Membacanya saja mampu mengundang kepiluan, apatah lagi jika kita yang berada di temp [...]

    Rinn Ramli
    Tajuk: Nah, Untuk Awak!Penulis NirrosetteTerbitan Jemari Seni Sdn Bhd474 mukasuratRM20.00sabah/sarawak RM23.00Habis dibaca dalam tempoh kira-kira 2 hariKalau anda senang dengan nada kisah Ikhlas AK! tentunya adna akan suka kisah ini juga. Sekarang banyak pulak penulis berkongsi kisah melancong ke korea, termasuklah kisah ini.Najiha dikecewakan oleh Dian dan Ilham apabila merahsiakan pertunangan mereka darpada Najiha yang merupakan kekasih official kepada Ilham. Mereka sepatutnya bertunang selepa [...]

    Hajar
    Buku dengan cover yang comel ini membawa kita mengenali Najiha, seorang yang mempunyai prinsip hidup yang mudah. Kasih sayang babah sememangnya menggunung tinggi untuk satu-satunya permata hati selepas pemergian si ibu. Kehadiran Ilham dan kawan-kawan rapatnya, Nina dan Dian pula melengkapkan lagi hidup Najiha. Pendek kata, mereka semua itu adalah pelengkap hidupnya.Namun, kegembiraan Najiha cumalah bersifat sementara. Kejutan yang dirancang untuk ketiga-tiga insan yang penting dalam hidupnya it [...]

    Cik Pah
    Daebak! Hamboi, kecek hangul kau Cik Pah. Hehe terkenang musim luruh yang lalu bersama Encik H ke Korea. Nah, untuk awak dimulakan dgn kisah Najiha yang patah hati. Kasihkan anak , Babah menghadiahkan tiket percutian untuk dia menenangkan fikiran ke korea setelah Ilham berubah hati tersangkut dgn kawan baik sendiri Dian. Yang Najiha tidak tahu, tiket ini termasuk pakej mengenal jodohnya yang babah tak ceritakan. Eid, anak kawan baik babah menyertai rombongan yang dikendalikan syarikat milik ibun [...]

    kuzzeen
    Naskah untuk dilepaskan; RM13.00. Pm je. Jujur. graf pembacaan ku naik mencanak-canak pada separuh masa pertama melewati naskah ini. Sakitnya jiwa seorang Najiha dilakarkan penuh dengan warna-warna yang memilukan. Sesuai sekali dengan pesanan Untuk mereka yang 'kehilangan', time to move on and let go perhaps?Perletakan watak amat kena dengan plot penceritaan. Wujudnya Eid sebagai soothing balm mampu merawat kepedihan yang turut dirasai oleh pembaca ketika menyelami kelukaan Najiha. Najiha tidak [...]

    nzyilla
    Akhirnya, dapat juga habiskan novel ni.Daripada Najiha yg berubah secara drastik daripada tak pakai tudung, pap terus pakai tudung labuh. Saya ada experience uni-mates yg macam ni jadi benda ni tak mustahil pun.Macam mana solat istikharah yg dibuat oleh Najiha untuk pilih sama ada Fahri @ Eid, jawapan yg Allah beri bukanlah selalu dalam bentuk mimpi tapi ya, barangkali dalam bentuk gerak hati. Daripada awal pun, memang benci dengan Fahri. Urghh, cikgu Fizik yg annoying!Najiha tu anak orang kaya. [...]

    Mardhiah
    buah lgi buku js. dakwah secara santidlm ni ak tertarik kat ayat"There's no need to be in someone else's shoe. Just appreciate what you have and be thankful. That's more than enough."

    Afifah.
    Novel kedua dari penulis ini ternyata tidak mengecewakan saya. Pada hemat saya, novel ini tiada cacat celanya dari segi maksud yang penulis ingin sampaikan cumanya biasalah jika ada yang terkurang serba sedikit. Entah kenapa, terlalu beremosi tika saya menghayati bait- bait indah yang ada dalam novel ini. Bukan sekali, malahan berkali- kali air mata ini berguguran tanpa sempat ditahan. Yang pertama, tika di Korea, sewaktu Najiha berhadapan dengan wanita Kristian dari Perancis. Masa tu, Najiha ke [...]

    azian2575
    Najiha & EidSeperti novel pertama, Ikhlas, A.K!, novel ini juga sarat dengan elemen-elemen agama, contoh: batas pergaulan antara lelaki & perempuan, solat, dsb.Novel ni tentang mereka yang 'kehilangan', time to move on and let go'Kehilangan' pertama Najiha adalah bila cinta Ilham beralih arah kepada kawan baiknya sendiri, Dian.Memang tamparan yang hebat buat Najiha.Kecewa, patah hati dan segala 'mak-nenek' rasa"Sometimes letting go someone isn’t hard. It’s just hard, because you stil [...]

    Afin Arif
    Nah, Untuk Awak! lebih kepada menghargai peminat Nirrosette yang menantikan kemunculan novel terbaru darinya. Nah, Untuk Awak! Peminat yang tertunggu-tunggu karya terbaru Nirrosette. Sebab tajuk novel dengan ceritanya memang tak ada kaitan langsung.Kisah Najiha ini menggunakan latar belakang Singapura memandangkan penulisnya juga berasal dari Singapura. Bagi pembaca yang tidak pernah sampai singapura atau tidak familiar dengan Singapura agak sukar untuk menbayangkan tempat-tempat yang dinyatakan [...]

    Cik Aini
    Terima kasih Siti Zuraimah kerana meminjamkan naskhah ini kepadaku.Novel ini lebih kepada kisah hidup Najihah dan pencarian Najihah - jodoh, karier. Najihah yang seperti tiada arah tuju yang tetap.Najihah, seorang perempuan yang tercalar hatinya apabila diketahui teman lelakinya, Ilham bertunang dengan rakan baiknya sendiri, Dian. Maka dia pergi membawa diri. Di kala mengutip hati yang rapuh bertaburan, dia dipertemukan dengan Eid. Juga diperkenalkan dengan profesion guru yang membuatkan dia jat [...]

    MamaErra
    Najiha & Eiddi awal pertemuan (m/s 64-65)"Najiha maksudnya kejayaan. Comes from an Arabic word an-Najah." Menyedari Najiha sememangnya tidak tahu menahu, Eid akhirnya menjawab bagi pihak gadis itu. Ah kejayaan. Najiha mengangguk mengerti. Baru saja Najiha berkira-kira hendak berterima kasih kepada Eid atas maklumat tersebut, Eid terlebih dahulu sudah menyengatnya dengan soalan berbisa."So do you live up to your name, Miss Najiha?" Eid menyoal tanpa perasaan. Tanpa memandang Najiha yang sudah [...]

    Rinsya
    Islamik aa buku. Best part Korea tuh. eheee. Oh sngt memberi kesedaran terutama bila part heroin tiba-tiba ayah dia meninggal. Dia mimpi ayah dia rentung hangus. Bila sedar-sedar, dia tak pakai tudung, dosa anak pempuan memang akan dikongsi kepada ibu bapa *bgi yg belum kawen*, esoknya heroin terus pakai tudung labuh. Nice story Eid sngt sinis (Hero). Dan juga sngt ikhlas. I lev him 'oso

    indahuda dezy
    For me la kan, this is one of the best novels I've ever readI was so touched by the way of storylineKisah hidup Nur Najiha utk mencari seorg mr farytaleApa yg perlu kita lakukan apabila kita meratapi saat kehilangan yg tersayanggalanya dlm Nah,Untuk AwakCongrats Nirr, I love it :)

    Zehan Ilyana
    setakat ni, nirrossette tak pernah lagi mengecewakan dalam penulisan dia:)

    Suhailah Iskandar
    Wah Apa yg saya suka tentang buku ni?Santai, page turner, familiar places and spaces. I'm a romance cum i wanna change for good kindda plot lover. Kisah Eid & Najihah ini sweet sgt. Saya baca ulasan pembaca yg lain dan saya tersenyum. Sekali lagi Nirrosette buat saya gembira dan senang dgn Eid. Najihah pula saya suka determination dia selepas mimpi itu. dia berubah cuma dia haru bila kejadian demi kejadian terjadi. Tapi senang dgn happy ending. I LOVE HAPPY ENDING. so in total semua buku tul [...]

    Noninuna
    I really appreciate all the effort of the author to make the story fun with her style of writing. Witty & fun indeed.However, the story as a whole,it was cliche. i was hoping that how the story progress somehow make up to the cliche-ness beginning but it's just end up like that.As i pick up the book, i thought i would love it but 2 stars & a half for Nah, Untuk Awak.

    Niza
    Jalan cerita yang bersahaja tetapi sarat dengan mesej dan pengajaran.Bagaimana kehilangan babah Najiha mampu mengubah dirinya semakin dekat dengn Allah.

    Ryana
    Sweet moment waktu di Korea dan juga selepas Najiha kena bertunang dengan Eid In between that, agak slow… :D But nice story, enjoy read it.

    • Free Read [Thriller Book] ✓ Nah, Untuk Awak! - by Nirrosette ✓
      333 Nirrosette
    • thumbnail Title: Free Read [Thriller Book] ✓ Nah, Untuk Awak! - by Nirrosette ✓
      Posted by:Nirrosette
      Published :2020-05-04T19:40:48+00:00